Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang Islam (kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan adalah salah satu cara untuk menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.
Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Kanun. Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkan Al Quran dan As Sunnah. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil) ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan oleh seorang kadi yang dilantik sultan.
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
tamadun asas kehidupan manusia
Sunday, 20 May 2012
Saturday, 19 May 2012
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Masjid Biru, Istanbul. |
Sumbangan
Kerajaan Turki Uthmaniyah
1- Sistem
Organisasi dan Perundangan Islam
·
Kanun Suleiman - perundangan yang mempertahankan dan membela
nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengenal bangsa dan agama
·
mewujudkan jawatan Kadi dan Mufti
·
memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam/Ketua Ulama bagi
mengeluarkan fatwa
2- Ekonomi
·
Istanbul - pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan antara
Timur dan Barat dan antara Dunia Islam dengan Dunia Bukan Islam
3- Sosial
·
memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu
·
pembahagian masyarakat bergantung kepada hasil usaha setiap
individu
4- Ilmu Pengetahuan
·
perkembangan sistem pendidikan islam melalui sistem madrasah
·
penubuhan institusi pendidikan - sekolah pengetahuan akademik, sekolah
sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan
·
penulisan ensiklopedia sains Islam yang dijadikan rujukan bagi
keperluan praktikal
·
pembinaan Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) di Istanbul
Thursday, 17 May 2012
Kegemilangan Dan Kejatuhan Tamadun Turki Uthmaniah
Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mencapai kemuncak kegemilangannya di era pemerintahan Sultan Suleyman I (1520 – 1566). Ketika itu pemerintahan Uthmaniyyah mencakupi kawasan sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi dan ia dianggap sebagai kuasa terbesar dunia. Di dalam sebuah manuskrip bertarikh 1538, Sultan Suleyman I telah meluahkan pandangannya terhadap penguasaan beliau kepada kuasa dunia:
“Beta adalah hamba Allah dan Sultan kepada dunia ini. Dengan limpah kurniaan Allah, beta menjadi ketua umat Muhammad. Kekuasaan Allah dan mukjizat Rasulullah menjadi teman beta. Beta adalah Süleyman, yang namanya dibacakan di dalam Khutbah di Makkah dan Madinah. Di Baghdad beta adalah Shah. Di tanah Byzantine, beta adalah Caesar. Di Mesir pula beta adalah Sultan; yang menghantar armada tenteranya ke perairan Eropah, Maghribi dan India. Beta adalah Sultan yang merampas mahkota dan takhta Hungary, untuk diberikan kepada hamba yang tunduk. Voivoda Petru cuba mengangkat kepalanya untuk menentangku, tetapi telapak kaki kudaku telah memijaknya tenggelam menjadi debu. Beta jugalah yang telah menawan tanah Moldavia”.
Walau bagaimana pun, selepas berlakunya peperangan yang berterusan, kesatuan yang berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah, pengkhianatan kerajaan Safavid Syiah di Iran dan pelbagai lagi faktor, keperkasaan Uthmaniyyah mula merintis graf menurun.
Punca Kemerosotan Turki Uthmaniyyah
Sebab-sebab yang membawa kepada kemerosotan dan kejatuhan Uthmaniyyah adalah pelbagai, namun semuanya terangkum di dalam satu kenyataan iaitu, “menjauhkan diri dari kepatuhan kepada Syariat Allah dan menghukum dengannya”. Ia dapat dilihat di pelbagai sudut seperti sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.
Hal inilah yang mengundang musibah sebagaimana yang telah pun diperingatkan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya:
“Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga supaya jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (An-Noor 24: 63)
Kelakuan-kelakuan yang menyimpang oleh Sultan-sultan Othmaniyyah di akhir usia pemerintahan, telah memberikan impak yang negatif kepada umat Islam. Kehidupan mereka yang tenggelam di dalam arus materialisma dan Jahiliah telah menjadikan diri dan masyarakat hidup dalam keresahan, celaru dan hilang jati diri.
Hal ini berlaku seiringan dengan kebangkitan musuh Othmaniyyah, sama ada di Barat, mahu pun Timur seperti kerajaan Safavid Syiah di Iran. Pada tahun 1599, Shah Abbâs dari Iran telah menghantar dutanya ke Eropah dan membuka kepada perbincangan ketenteraan dan ekonomi ke arah menekan Othmaniyyah secara langsung. Di Vienna, hasrat ini disambut oleh Maharaja dengan baik. Beliau menyatakan keinginan untuk membentuk suatu gagasan anti-Othmaniyyah bersama Russia dan Georgia di Timur, dan dalam masa yang sama akan bekerja keras ke arah menyatukan Raja-raja Kristian di Eropah di dalam satu Perang Salib yang bakal dilancarkan.
1603, perang besar-besaran dilancarkan dan tekanan serentak Timur dan Barat telah membinasakan Othmaniyyah. Bebanan Austria dan Parsi ini telah menjadi sumber luar yang utama kepada ketidakstabilan Othmaniyyah pada era tersebut.
Akan tetapi amat menarik untuk kita meneliti, apakah perbalahan tentang isu yang cuba diketengahkan oleh seminar ini pernah berlaku di era Othmaniyyah. Pernahkan masyarakat Othmaniyyah ‘diganggu’ oleh pertembungan pandangan di antara Salaf dan Khalaf? Seandainya ya, apakah pelajaran yang boleh kita pelajari daripadanya?

Pemerintah Awal Empayar Uthmaniyyah
1. Uthman I
Uthman I atau Uthman bin Ertughrul (bahasa Turki: Osman Gazi atau Osman Bey atau I.Osman atau Osman Sayed II) merupakan pengasas Empayar Turki Uthmaniyyah.
Uthman I atau Uthman bin Ertughrul (bahasa Turki: Osman Gazi atau Osman Bey atau I.Osman atau Osman Sayed II) merupakan pengasas Empayar Turki Uthmaniyyah.
Uthman mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah daripada Kerajaan Turki Seljuk pada 1299. Dalam mempertahankan wilayahnya daripada serangan Mongol baginda telah mengumpulkan tentera Ghazi untuk mengukuhkan kedudukannya di Anatolia. Kebangkitan kerajaan Turki Uthmaniyyah berlaku seiringan dengan kemerosotan Empayar Byzantine.
2. Orhan I
Orhan I (Turki: Orhan Gazi atau Orhan Bey) (1281 Sogut – March 1359 Bursa) merupakan putera Bey Uthman I. Orhan I telah menakluki Nicaea pada tahun 1331 dan Nicomedia tahun 1337 dan mendirikan ibu kota di Bursa. Ketika saat pemerintahannya, Sultan Orhan I telah merombak struktur pemerintahan, memodenkan pasukan ketenteraan negaranya, dan memperkenalkan mata wang baharu bagi negaranya.
Beliau telah menikahi Theodora, puteri dari Putera Byzantine John VI Cantacuzenus. Pada tahun 1346, Orhan secara terbuka telah mendukung John VI dalam usahanya menggulingkan Kaisar John V Palaeologus. Ketika John VI menjadi kaisar (1347-1354), beliau telah mengizinkan Orhan untuk menyerang semenanjung Gallipoli yang kemudiannya mandat pemerintahan telah diberikan kepada Kesultanan Uthmaniyyah sebagai suatu simbol untuk membentuk benteng pertahanan pertama di Eropah.
Orhan telah meninggal dunia pada tahun 1360 dan mewariskan takhta kesultanannya yang berkembang pesat kepada puteranya Murad I.
3. Murad I
Murad I (digelar Hüdavendigâr - dari Bahasa Parsi: خداوندKhodāvandgār - "the God-like One") adalah pemerintah dari Empayar Uthmaniyyah, Sultan dari Rûm, bermula pada tahun 1361 sehingga 1389. Beliau merupakan anak lelaki kepada Orhan I dan Sultan Valide Nilüfer Hatun (yang mana namanya bermaksud Lili Air dalam Turki), anak perempuan kepada Putera dari Yarhisar atau Puteri Theodora Kantakouzene dari Byzantine (juga dinamakan Nilüfer), yang mana berketurunan etnik Greek dan menjadi sultan berikutan kematian bapa beliau pada tahun 1361.
4. Bayezid 1
Bayezid I (Turki: Beyazıt, gelaran Yıldırım (Uthmaniyyah: ییلدیرم), "Petir"; 1354 – 8 Mac 1403, Akşehir, Turki) merupakan sultan Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1389 hingga 1402. Dia merupakan putera kepada Murad I dan Gülçiçek Hatun.Wednesday, 16 May 2012
Kronologi Empayar Uthmaniyyah
- 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
- 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
- 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
- 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
- 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
- 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
- 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
- 1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.
- 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
- 1526M- Perang Mohacs
- 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
- 1571M- Perang Lepanto berlaku.
- 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
- 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
- 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
- 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
- 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
- 1792M- Perjanjian Jassy.
- 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
- 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
- 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
- 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
- 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
- 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
- 1829M- Perjanjian Adrianople.
- 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
- 1841M- Konvensyen Selat.
- 1853M- Bermulanya Perang Krimea.
- 1856M- Berakhirnya Perang Krimea.
- 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
- 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
- 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
- 1912M- Perang Balkan pertama.
- 1913M- Perang Balkan kedua.
- 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
- 1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.
- 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
- 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
Tuesday, 27 March 2012
Sejarah Tamadun Turki Uthmaniyyah
PENGENALAN
Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat dilihat sebuah sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan.
Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan.
Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Subscribe to:
Posts (Atom)