Uthman I atau Uthman bin Ertughrul (bahasa Turki: Osman Gazi atau Osman Bey atau I.Osman atau Osman Sayed II) merupakan pengasas Empayar Turki Uthmaniyyah.
Uthman mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah daripada Kerajaan Turki Seljuk pada 1299. Dalam mempertahankan wilayahnya daripada serangan Mongol baginda telah mengumpulkan tentera Ghazi untuk mengukuhkan kedudukannya di Anatolia. Kebangkitan kerajaan Turki Uthmaniyyah berlaku seiringan dengan kemerosotan Empayar Byzantine.
2. Orhan I
Orhan I (Turki: Orhan Gazi atau Orhan Bey) (1281 Sogut – March 1359 Bursa) merupakan putera Bey Uthman I. Orhan I telah menakluki Nicaea pada tahun 1331 dan Nicomedia tahun 1337 dan mendirikan ibu kota di Bursa. Ketika saat pemerintahannya, Sultan Orhan I telah merombak struktur pemerintahan, memodenkan pasukan ketenteraan negaranya, dan memperkenalkan mata wang baharu bagi negaranya.
Beliau telah menikahi Theodora, puteri dari Putera Byzantine John VI Cantacuzenus. Pada tahun 1346, Orhan secara terbuka telah mendukung John VI dalam usahanya menggulingkan Kaisar John V Palaeologus. Ketika John VI menjadi kaisar (1347-1354), beliau telah mengizinkan Orhan untuk menyerang semenanjung Gallipoli yang kemudiannya mandat pemerintahan telah diberikan kepada Kesultanan Uthmaniyyah sebagai suatu simbol untuk membentuk benteng pertahanan pertama di Eropah.
Orhan telah meninggal dunia pada tahun 1360 dan mewariskan takhta kesultanannya yang berkembang pesat kepada puteranya Murad I.
3. Murad I
Murad I (digelar Hüdavendigâr - dari Bahasa Parsi: خداوندKhodāvandgār - "the God-like One") adalah pemerintah dari Empayar Uthmaniyyah, Sultan dari Rûm, bermula pada tahun 1361 sehingga 1389. Beliau merupakan anak lelaki kepada Orhan I dan Sultan Valide Nilüfer Hatun (yang mana namanya bermaksud Lili Air dalam Turki), anak perempuan kepada Putera dari Yarhisar atau Puteri Theodora Kantakouzene dari Byzantine (juga dinamakan Nilüfer), yang mana berketurunan etnik Greek dan menjadi sultan berikutan kematian bapa beliau pada tahun 1361.
4. Bayezid 1
Bayezid I (Turki: Beyazıt, gelaran Yıldırım (Uthmaniyyah: ییلدیرم), "Petir"; 1354 – 8 Mac 1403, Akşehir, Turki) merupakan sultan Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1389 hingga 1402. Dia merupakan putera kepada Murad I dan Gülçiçek Hatun.
No comments:
Post a Comment